Friday, February 4, 2011

Selawat Fatih

Berselawatlah atas Rasulullah SAW tidak kira apa keadaan, di mana kita berada, atas apa situasi dan berterus-terusan berselawat kepada Baginda, janganlah kita meninggalkan amalan yang mulia ini di samping membaca Al-Quran dan ibadat-ibadat fardhu yang lain. Allah SWT tidak akan memerintahkan kita berselawat melainkan ada hikmah dan ganjaran dan manfaat yang khusus serta mulia di sisiNYA.


Kelebihan Selawat Fatih :

1. Sesiapa yang berselawat dengan Selawat Fatih ini sekali dalam hidupnya nescaya tidak akan dijilat api neraka.
2. Berkata sebahagian ulamak Maghribi, berselawat sekali dengan Selawat Fatih menyamai 10 000 atau 600 000 yang lain.
3. Sesiapa mengekali atas Selawat Fatih 40 hari, dosanya akan diampuni Allah.
4. Sesiapa membacanya 1000 kali pada malam Khamis dan Jumaat atau Isnin akan dihimpunkan bersama-sama Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Caranya adalah membacanya selepas bersolat 4 rakaat,1)di baca surah al-Qadr, 2)di baca al-Zalzalah, 3)di baca al-Kafirun, 4)di baca Ma-’uzatain. Seeloknya diasapkan dengan gaharu ketika membaca Selawat Fatih.
5. Selawat ini bermanfaat kepada orang Mubtadi, Mutawassith, Muntahi
6. Telah disebut oleh kebanyakan Arifin bagi selawat ini terdapat banyak asror dan ajaaib.
7. Sesungguhnya sesiapa yang tekun membacanya setiap hari 100 kali dibukakan baginya banyak daripada hijab. Dan hasil baginya daripada anwar. Dan ditunaikan segala keinginannya; dengan qadar yang tidak diketahui melainkan oleh Allah.



Lafaz selawat Fatih


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أ ُغْلِقَ. وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ.

 نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ. وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ. وَعَلَى آلِهِ 

حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ

Ertinya :
"Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah keagungan (sebagai pemberian rahmatmu) atas pemimpin kami iaitu Sayyidina Muhammad. Pembuka bagi sesuatu yang di kunci. Dan penutup martabat hamba Allah yang telah dahulu. Lagi penolong kebenaran dengan kebenaran (dengan pertolongan Allah). Dan pemberi petunjuk kepada jalanMu yang lurus. Dan atas keluarganya yang sesuai dengan martabatnya (di dunia) dan martabatnya yang agung (di akhirat)."


No comments:

Post a Comment