Wednesday, February 9, 2011

Ayat Lima

Dari Kitab Majmu` Syarif Kamil

Menurut Syekh Abul `Abbas Ahmad al-Buni, terdapat empat surah berurutan di dalam Al-Qur`an, yang pada tiap surah ada satu ayat yang mempunyai sepuluh huruf Qaf . Sebagian ulama menambahkan satu ayat dari surah ar-Ra`d sehingga menjadi lima ayat.

Setiap satu dari lima ayat itu terdapat sepuluh huruf QAF (kaf besar), sebab itulah ayat lima ini boleh juga disebut dengan Ayat Lima Puluh QAF.

Ibnu Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w selalu membaca ayat lima ini baik beliau sedang berada dalam negeri atau sedang dalam perjalanan dalam peperangan. Dalam peperangan beliau selalu dapat mengalahkan orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan selalu mendapat pertolongan Allah s.w.t.

Sayyidah Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w menerangkan bahawa bila ayat lima ditulis di dalam bejana, kemudian diisi air dan airnya diminum pada hari jumaat, maka Allah s.w.t. akan menyembuhkan penyakitnya kemudian diisi hatinya dengan nur hidayah, keyakinan dan kasih sayang.

Bila selalu dibaca oleh seorang pemimpin, maka akan ditetapkan hatinya oleh Allah s.w.t. dan diberi pengaruh serta kekuatan, dan patuh kepadanya semua orang-orang yang dipimpinnya.

Jika ditulis dan digantungkan pada hujung senjata untuk menghadapi musuh dalam pertempuran, maka Allah s.w.t. akan memecah-belahkan kekuatan musuh.

Jika menghadap raja yang kejam, ia akan terpelihara dari kekejamannya dan tipu dayanya. Ayat lima adalah dinding dari kejahatan manusia dan jin serta syaitan. Salman Al-Farsi r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengajarkan kepadaku ayat lima kemudian beliau berkata: siapa yang membaca dan mengamalkannya, Allah s.w.t. akan melanjutkan usianya dan mengampuni dosanya dan mudah tercapai apa yang dikehendaki. (keterangan ini diambil dari Tafsir Al-Arais)

Kelima ayat tersebut adalah :
 
1. Al-Baqarah : 246


Ertinya :

Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah" Nabi mereka menjawab: "Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?," Mereka berkata: "Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?" Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.


2. A-li'Imraan : 181
Ertinya :

Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) yang mengatakan: Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: "Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membakar


3. An-Nisaa' : 77
Ertinya :

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat". (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Harba benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun"


4. Al-Maaidah : 27
Ertinya :
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa


5. Ar-Ra'd : 16
Ertinya :

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?" Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?" Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa"

Friday, February 4, 2011

Selawat Fatih

Berselawatlah atas Rasulullah SAW tidak kira apa keadaan, di mana kita berada, atas apa situasi dan berterus-terusan berselawat kepada Baginda, janganlah kita meninggalkan amalan yang mulia ini di samping membaca Al-Quran dan ibadat-ibadat fardhu yang lain. Allah SWT tidak akan memerintahkan kita berselawat melainkan ada hikmah dan ganjaran dan manfaat yang khusus serta mulia di sisiNYA.


Kelebihan Selawat Fatih :

1. Sesiapa yang berselawat dengan Selawat Fatih ini sekali dalam hidupnya nescaya tidak akan dijilat api neraka.
2. Berkata sebahagian ulamak Maghribi, berselawat sekali dengan Selawat Fatih menyamai 10 000 atau 600 000 yang lain.
3. Sesiapa mengekali atas Selawat Fatih 40 hari, dosanya akan diampuni Allah.
4. Sesiapa membacanya 1000 kali pada malam Khamis dan Jumaat atau Isnin akan dihimpunkan bersama-sama Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Caranya adalah membacanya selepas bersolat 4 rakaat,1)di baca surah al-Qadr, 2)di baca al-Zalzalah, 3)di baca al-Kafirun, 4)di baca Ma-’uzatain. Seeloknya diasapkan dengan gaharu ketika membaca Selawat Fatih.
5. Selawat ini bermanfaat kepada orang Mubtadi, Mutawassith, Muntahi
6. Telah disebut oleh kebanyakan Arifin bagi selawat ini terdapat banyak asror dan ajaaib.
7. Sesungguhnya sesiapa yang tekun membacanya setiap hari 100 kali dibukakan baginya banyak daripada hijab. Dan hasil baginya daripada anwar. Dan ditunaikan segala keinginannya; dengan qadar yang tidak diketahui melainkan oleh Allah.



Lafaz selawat Fatih


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أ ُغْلِقَ. وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ.

 نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ. وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ. وَعَلَى آلِهِ 

حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ

Ertinya :
"Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah keagungan (sebagai pemberian rahmatmu) atas pemimpin kami iaitu Sayyidina Muhammad. Pembuka bagi sesuatu yang di kunci. Dan penutup martabat hamba Allah yang telah dahulu. Lagi penolong kebenaran dengan kebenaran (dengan pertolongan Allah). Dan pemberi petunjuk kepada jalanMu yang lurus. Dan atas keluarganya yang sesuai dengan martabatnya (di dunia) dan martabatnya yang agung (di akhirat)."


Ayat Syifa

Asal-usul
Pada suatu ketika pada zaman sahabat Nabi s.a.w., ada seorang pesakit yang telah puas berikhtiar dan telah diubat oleh ramai para tukang ubat, termasuk para sahabat Nabi s.a.w. yang terkenal, tetapi tidak juga sembuh penyakitnya itu, hingga menjadikannya bergitu putus asa. Pada suatu hari dia telah diziarahi oleh seorang 'alim sufi yang mengetahui ilmu perubatan. Bila diberitahu mengenai dirinya, ahli sufi itu berkata :
Di manakah kamu tentang syat-ayat Syifa' dalam Al Quran?

Lalu diajarlah pesakit tadi akan ayat-ayat Syifa' yang enam itu, yang akhirnya ia sembuh apabila diubati dengan doa tadi. Bersempena dengan peristiwa tersebut doa ini digunakan bagi mengubati sakit tertentu bagi pesakit yang bergitu teruk penyakitnya serta sukar pula untuk sembuh setelah menjalani berbagai-bagai jenis rawatan, samada secara prubatan tradisional mahupun kedoktoran.


Faedah dan Cara-cara Penggunaan:

Rasullullah SAW pernah bersabda yang ertinya :
"Ambillah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan Al-Quran."
H.R: Ibnu Majjah.
Dengan hadith itu, dapatlah kita mengambil kesimpulan bahawa kedua-dua ini merupakan penawar yang besar, tetapi masih ramai di kalangan kita yang masih belum mengetahuinya.

Apa sahaja bentuk sakit, malahan sakit lahir dapat dirawat dengan madu, terutama yang dibacakannya ayat-ayat Al-Quran dengan cara diminum atau disapu pada tempat yang bermasalah.

Cara-cara menggunakan Ayat Syifa' :
  • Dibacakan pada air kemudian diminum dan dijirus pada pesakit
  • Dibacakan pada madu dengan dilekatkan mulut pada botol atau bekas, lalu diminum beberapa kali sehari.
  • Ditulis dengan tinta suci dan bersih kemudian dilarutkan pada air kemudian dijiruskan pada pesakit.
Untuk menggunakannya, perawat dengan penuh khusu' dan tawadhu' serta keyakinan kehadhrat Allah s.w.t., ikutilah susunan doa yang diperlukan seperti dibawah.


Ayat Syifa' :

1. At-Taubah ( surah 9 : ayat 14-15 )

قَاتِلُوهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللّهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُّؤْمِنِينَ (14) وَيُذْهِبْ غَيْظَ قُلُوبِهِمْ وَيَتُوبُ اللّهُ عَلَى مَن يَشَاء وَاللّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ (15)1
Ertinya :
(14Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. (15Dan dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendakinya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahuinya, lagi Maha Bijaksana.

2. Yunus ( surah 10 : ayat 57 )

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاء لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ
Ertinya :
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat dan pengajaran dari Tuhan kamu yang jadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat, petunjuk dan keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."

3. An Nahl ( surah 16 : ayat 67-69 )

وَمِن ثَمَرَاتِ النَّخِيلِ وَالأَعْنَابِ تَتَّخِذُونَ مِنْهُ سَكَرًا وَرِزْقًا حَسَنًا إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ (67)وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ (68) ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاء لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (69)6
Ertinya :
(67Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya. (68) Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-gunung dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (69(Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir."

4. Al Isra' ( surah 17 : ayat 82 )

نُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَارًا
Ertinya :
"Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-Ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadaNya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua."

5. Asy Syu'ara' ( surah 26 : ayat 75-80 )

قَالَ أَفَرَأَيْتُم مَّا كُنتُمْ تَعْبُدُونَ (75) أَنتُمْ وَآبَاؤُكُمُ الْأَقْدَمُونَ(76) فَإِنَّهُمْ عَدُوٌّ لِّي إِلَّا رَبَّ الْعَالَمِينَ (77) الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ (78) وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ (79) وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ(80)8
Ertinya :
"(75) Nabi Ibrahim berkata: “Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu? (76) (Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu? (77) (Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam. (78) Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku. (79) Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum. (80) Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku."

6. Al Fushilat (ha Mim) ( surah 41 : ayat 44 )

وَلَوْ جَعَلْنَاهُ قُرْآنًا أَعْجَمِيًّا لَّقَالُوا لَوْلَا فُصِّلَتْ آيَاتُهُ أَأَعْجَمِيٌّ وَعَرَبِيٌّ قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاء وَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ فِي آذَانِهِمْ وَقْرٌ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًى أُوْلَئِكَ يُنَادَوْنَ مِن مَّكَانٍ بَعِيدٍ
Ertinya :
"Dan kalaulah Al-Quran itu kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata : Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad) : Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)."
http://klinik-muallij.blogspot.com

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Doa Masuk Tandas


Ertinya :
"Dengan nama Allah. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan laki-laki dan perempuan".
H.R: Al-Bukhari: 1/45 dan Muslim: 1/283. Sedang tambahan bismillah pada permulaan hadits, menurut riwayat Said bin Manshur. Lihat Fathul Baari: 1/244.


Doa Keluar Tandas
Ertinya :
"Aku minta ampun kepada-Mu"
H.R: Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat Irwa’ul Ghalil 1/122.

Doa Bagi Orang Yang Mengenakan Pakaian Baru

1.

Ertinya :
"Kenakanlah sampai lusuh, semoga Allah ta'ala memberikan gantinya kepadamu".
HR. Abu Daud 4/41 dan lihat pula Shahih Abi Dawud, 2/760.

2.

Ertinya :
"Berpakaianlah yang baru, hiduplah dengan terpuji dan matilah dalam keadaan syahid".
HR. Ibnu Majah: 2/1178, Al-Baghawi: 12/41 dan lihat Shahih Ibnu Majah: 2/275.

Doa Ketika Mengenakan Pakaian

1.

Ertinya :
"Segala puji bagi Allah Yang telah memberikanpakaian ini kepadaku sebagai rezeki daripada-Nya tanpa daya dan kekuatan dari-ku."
H.R: seluruh penyusun kitab sunan, kecuali Nasa’i, lihat; Irwaa’ul ghalil: 4/47.

Doa Ketika Bangun Dari Tidur

1.

Ertinya : 
“Segala puji bagi Allah Yang membangunkan kami setelah ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami dibangkitkan”.
H.R: Bukhari dalam Fathul Bari: 11/113 dan Muslim: 4/2083.



2.

Ertinya :
“Tiada Tuhan selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan pujian. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Ya Tuhanku, ampunilah dosaku”.
Siapa yang membacanya akan diampuni, jika dia berdoa akan dikabulkan, dan jika dia bangun untuk berwudhu’ lalu shalat, maka shalatnya diterima, Imam Bukhari dalam Fathul Bari: 3/39 dan lainnya. Lafadz diatas dari Ibnu Majah, lihat Shahih Ibnu Majah: 2/335.


3.

Ertinya :
“Segala puji bagi Allah Yang telah memberikan kesehatan kepada-ku, mengembalikan ruh dan merestuiku untuk berdzikir kepada-Nya”.
H.R: Tirmidzi: 5/473, lihat Shahih Tirmidzi: 3/144.

4.
Ertinya : 
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal. (Yaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. Ya Tuhan kami, sesungguhnya barang siapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan dia dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun. Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar seruan yang menyeru kepada iman, (yaitu): “Berimanlah kamu kepada Tuhanmu”, maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah bagi kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang berbakti. Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji. Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman): “Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Aku hapuskan kesalahankesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya. Sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik. Janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak di dalam negri. Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka adalah Jahannam, dan Jahannam itu adalah tempat tinggal yang seburuk-buruknya. Akan tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya, bagi mereka surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya sebagai tempat tinggal (anugerah) dari sisi Allah dan apa yang di sisi Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang berbakti. Dan sesungguhnya di antara ahli kitab ada orang yang beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kamu dan yang diturunkan kepada mereka sedang mereka berendah hati kepada Allah dan mereka tidak menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit. Mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan-nya. Sesungguhnya Allah amat cepat perhitungan-Nya. Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (diperbatasan negrimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung".
Ayat dari surah Ali Imran: 190-200, shahih Bukhari dalam Fathul Bari 8/237, Muslim 1/530.